10 May 2011

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ketua Jabatan/Unit, Pensyarah Kanan & Pensyarah
yang dihormati & dikasihi sekelian,

Semua program praktikum bagi Semester 1/2011 telah tamat dan telah dilaksanakan dengan jayanya atas bantuan ikhlas dan kerjasama yang diberikan oleh semua pensyarah penyelia, pemantau praktikum, para perentas ke cemerlang dan wakil-wakil jabatan/unit yang dilantik.

Maklumat Ringkas sehingga 5 Mei 2011:
Pelatih terlibat PBS : 503
Pelatih terlibat Praktikum : 454
Rentasan Kes Cemerlang : 42 (KDPM KEMAS:14, KPLI:4, KDPM KDC:1, PISMP:23)

Atas kerjasama dan bantuan ikhlas tuan/puan sekelian, Unit Praktikum merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Refleksi Praktikum PISMP Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pelajar PISMP Ambilan Januari 2008 yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Taklimat Refleksi Praktikum akan diadakan seperi ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 10 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Al-Bukhari

Kehadiran semua pelajar adalah diwajibkan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.