31 May 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM UNTUK PENSYARAH

PRAKTIKUM:
KPLI SR AMBILAN JAN. 2010
PISMP AMBILAN JANUARI 2008 (PRAK. 2)
KPLI j-QAF AMBILAN JUN 2009
KDPM KDC KEMAS/PERPADUAN AMBILAN MEI 2007 (FASA 2)


Satu taklimat akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Farabi

Semua pensyarah terlibat dijemput hadir.
Harap maklum. Terima kasih.

27 April 2010

REFLEKSI PRAKTIKUM KPLI SR AMBILAN JUN 2009

SEMUA PELATIH KPLI AMBILAN JUN 2009

Satu taklimat Refleksi Praktikum akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 28 April 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Farabi

Semua pelatih terlibat diwajibkan hadir.
Harap maklum. Terima kasih.

11 April 2010

PENYERAHAN MARKAH PENYELIAAN BERSAMA (PR2 & PR1/P)

KEPADA PENSYARAH PENYELIA PRAKTIKUM:

1. PRAKTIKUM KPLI AMBILAN JUN 2009

(Tempoh : 17 Januari - 15 April 2010) : Major & Minor


2. PRAKTIKUM KDPM-KEMAS AMBILAN JULAI 2007 (FASA 2)

(Tempoh : 3 Januari - 15 April 2010) : Major Sahaja


3. PRAKTIKUM KPLI JQAF AMBILAN JANUARI 2009

(Tempoh : 17 Januari - 15 April 2010) : Major Sahaja


4. PRAKTIKUM 1 PISMP AMBILAN JANUARI 2008

(Tempoh : 21 Mac - 15 April 2010) : Major Sahaja


5. PRAKTIKUM 3 PISMP AMBILAN JANUARI 2009

(Tempoh : 31 Januari - 29 April 2010) : Major & Minor


Dimohon kerjasama para pensyarah yang terlibat dalam penyeliaan praktikum mengikut kumpulan-

kumpulan seperti di atas agar dapat menyerahkan markah PR2, PR1/P kepada Penyelaras/Wakil bagi jabatan

atau unit. Sila Rujuk pada Jawatankuasa Pengurusan Praktikum & Penyelaras.


Sekian harap maklum & terima kasih.




07 April 2010

TAKLIMAT PBS KPLI AMBILAN JANUARI 2010

SEMUA PELATIH KPLI AMBILAN JANUARI 2010

Satu taklimat PBS akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Bukhari

Semua pelatih terlibat diwajibkan hadir.
Harap maklum. Terima kasih.

16 March 2010

MAKLUMAN TARIKH PBS & PRAKTIKUM

1. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PISPM AMBILAN JANUARI 2010
Tarikh : 21/22 - 25/26 Mac 2010 (1 Minggu)

2. PRAKTIKUM 1 PISMP AMBILAN JANUARI 2008
Tarikh : 21 Mac - 15 April 2010 (4 Minggu)

3. PRAKTIKUM KDPM KEMAS/PERPADUAN KDC
AMBILAN MEI 2008 (Fasa 1)
Tarikh : 21 Mac - 27 Mei 2010 (10 Minggu)

4. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
KPLI AMBILAN JANUARI 2010
Tarikh : 18/19 - 29/30 April 2010 (2 Minggu)

Sebarang pertanyaan sila rujuk Unit Praktikum.

14 January 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM

SEMUA PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2007

Satu taklimat pengurusan praktikum akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 19 Jan. 2010 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Bukhari

Semua pelatih berkenaan diwajibkan hadir.
Harap maklum. Terima kasih.

10 January 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM

SEMUA PELATIH KPLI AMBILAN JUN 2009

Satu taklimat pengurusan praktikum akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 11 Jan. 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Bukhari

Semua pelatih berkenaan diwajibkan hadir.
Harap maklum. Terima kasih.

06 January 2010

PAMERAN PRAKTIKUM 2010

Pameran Praktikum dengan kerjasama Unit Pusat Sumber.

Pameran akan diadakan selama 3 minggu, bermula 10 Jan. hingga 31 Jan. 2010 di Pusat Sumber IPG KSAH.
Guru-guru pelatih yang akan terlibat dengan praktikum digalakkan menyaksikan pameran tersebut.

05 January 2010

TAKLIMAT PRAKTIKUM & PRASEKOLAH (KSPK)

Tarikh : 7 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Al-Farabi

Para pensyarah dijemput hadir.

02 January 2010

PINDAAN TARIKH PRAKTIKUM - PISMP AMB. JAN. 2007

Tarikh Praktikum Terkini: 31 Januari - 29 April 2010 (12 Minggu)

09 December 2009

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM

KPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2009
KPLI-KDC-SABK AMBILAN NOVEMBER 2008
KDPM-KDC-KEMAS AMBILAN MEI 2008

Tarikh : 9 Disember 2009
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Bukhari
IPGM KSAH

Semua diwajibkan hadir.

11 October 2009

Struktur Jawatankuasa Induk Praktikum

Objektif

PRAKTIKUM :

Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran / dan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara institut perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

OBJEKTIF :

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

  • memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan;
  • mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran;
  • merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan;
  • mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;
  • meningkatkan kemahiran pemerhatian, keprihatinan dan kepekaan terhadap pelajar
  • memperkembang potensi diri sebagai pendidik / dan guru bimbingan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas;
  • mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran pembelajaran / dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
  • menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan
  • menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum

Piagam Pelanggan

Kami Pasukan Pengurusan Praktikum IPGM Kampus Sultan Abdul Halim dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • menyediakan Perancangan Tahunan Praktikum yang lengkap bagi semua kursus berasaskan takwim Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum semester bermula.
  • mengeluarkan maklumat penempatan guru pelatih dan penyelia praktikum tidak lewat dua bulan sebelum tarikh sebenar praktikum.
  • melaksanakan kursus mentoring kepada guru pembimbing bagi meningkatkan ketrampilan penyeliaan tidak lewat dua minggu selepas guru pelatih melapor diri ke sekolah dengan syarat peruntukan diberi oleh BPG.
  • memastikan semua pensyarah penyelia menjalankan bimbingan dan penyeliaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
  • memastikan AJK Induk Praktikum menjalankan pemantauan sekurang-kurangnya sekali di sekolah-sekolah yang ditetapkan.
  • mendapatkan semua markah dan instrumen penilaian daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing tidak lewat dua minggu sebelum Jawatankuasa Induk Praktikum mengadakan mesyuarat untuk memutuskan keputusan akhir.
  • mengambil tindakan dengan memanjangkan kes pelanggaran peraturan praktikum kepada JK Tindakan Tatatertib tidak lewat 7 hari selepas laporan diterima daripada penyelia atau pihak sekolah.

Misi

Berazam dan berusaha sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti guru-guru pelatih yang menjalani praktikum.

Visi

Sistem Pengurusan Praktikum yang berkualiti dan cemerlang serta dapat memenuhi aspirasi Bahagian Pendidikan Guru.

Pengenalan

Latar Belakang :

Program Latihan Mengajar adalah penting dalam kurikulum latihan perguruan pra perkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bahagian Pendidikan Guru telah mengkaji dan mengemaskini program Latihan Mengajar dari semasa ke semasa. Perubahan dibuat biasanya di antara pihak sekolah dan institut perguruan. Satu buku garis panduan praktikum akan dikeluarkan selepas disemak semula bagi memastikan dimasukkan ketentuan praktikum bagi kursus-kursus baru dan mod-mod baru di dalam latihan perguruan.

Jawatankuasa Pengurusan Praktikum bekerjasama dengan ketua jabatan/unit mengatur dan menguruskan penempatan praktikum bagi pelajar praperkhidmatan (KPLI – SR, KPLI SR j-QAF, KDPM Mod LPBS, KDPM-KDC, KDPM KEMAS, KPLI-SR-LPBS, KPLI-SM-PLPS, PISMP) dan guru yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

15 August 2009

Hubungi Kami

Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Jalan Kuala Ketil
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman

Telefon : +604 421 8621
Fax : +604 431 8582

www.ipsah.edu.my