Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran / dan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara institut perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
OBJEKTIF :
Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:
- memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan;
- mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran;
- merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan;
- mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;
- meningkatkan kemahiran pemerhatian, keprihatinan dan kepekaan terhadap pelajar
- memperkembang potensi diri sebagai pendidik / dan guru bimbingan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas;
- mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran pembelajaran / dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
- menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan
- menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
No comments:
Post a Comment