11 October 2009

Struktur Jawatankuasa Induk Praktikum

Objektif

PRAKTIKUM :

Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran / dan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara institut perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

OBJEKTIF :

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

  • memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan;
  • mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran;
  • merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan;
  • mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;
  • meningkatkan kemahiran pemerhatian, keprihatinan dan kepekaan terhadap pelajar
  • memperkembang potensi diri sebagai pendidik / dan guru bimbingan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas;
  • mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran pembelajaran / dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;
  • menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan
  • menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum

Piagam Pelanggan

Kami Pasukan Pengurusan Praktikum IPGM Kampus Sultan Abdul Halim dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • menyediakan Perancangan Tahunan Praktikum yang lengkap bagi semua kursus berasaskan takwim Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum semester bermula.
  • mengeluarkan maklumat penempatan guru pelatih dan penyelia praktikum tidak lewat dua bulan sebelum tarikh sebenar praktikum.
  • melaksanakan kursus mentoring kepada guru pembimbing bagi meningkatkan ketrampilan penyeliaan tidak lewat dua minggu selepas guru pelatih melapor diri ke sekolah dengan syarat peruntukan diberi oleh BPG.
  • memastikan semua pensyarah penyelia menjalankan bimbingan dan penyeliaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
  • memastikan AJK Induk Praktikum menjalankan pemantauan sekurang-kurangnya sekali di sekolah-sekolah yang ditetapkan.
  • mendapatkan semua markah dan instrumen penilaian daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing tidak lewat dua minggu sebelum Jawatankuasa Induk Praktikum mengadakan mesyuarat untuk memutuskan keputusan akhir.
  • mengambil tindakan dengan memanjangkan kes pelanggaran peraturan praktikum kepada JK Tindakan Tatatertib tidak lewat 7 hari selepas laporan diterima daripada penyelia atau pihak sekolah.

Misi

Berazam dan berusaha sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti guru-guru pelatih yang menjalani praktikum.

Visi

Sistem Pengurusan Praktikum yang berkualiti dan cemerlang serta dapat memenuhi aspirasi Bahagian Pendidikan Guru.

Pengenalan

Latar Belakang :

Program Latihan Mengajar adalah penting dalam kurikulum latihan perguruan pra perkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bahagian Pendidikan Guru telah mengkaji dan mengemaskini program Latihan Mengajar dari semasa ke semasa. Perubahan dibuat biasanya di antara pihak sekolah dan institut perguruan. Satu buku garis panduan praktikum akan dikeluarkan selepas disemak semula bagi memastikan dimasukkan ketentuan praktikum bagi kursus-kursus baru dan mod-mod baru di dalam latihan perguruan.

Jawatankuasa Pengurusan Praktikum bekerjasama dengan ketua jabatan/unit mengatur dan menguruskan penempatan praktikum bagi pelajar praperkhidmatan (KPLI – SR, KPLI SR j-QAF, KDPM Mod LPBS, KDPM-KDC, KDPM KEMAS, KPLI-SR-LPBS, KPLI-SM-PLPS, PISMP) dan guru yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan.