11 October 2009

Piagam Pelanggan

Kami Pasukan Pengurusan Praktikum IPGM Kampus Sultan Abdul Halim dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • menyediakan Perancangan Tahunan Praktikum yang lengkap bagi semua kursus berasaskan takwim Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum semester bermula.
  • mengeluarkan maklumat penempatan guru pelatih dan penyelia praktikum tidak lewat dua bulan sebelum tarikh sebenar praktikum.
  • melaksanakan kursus mentoring kepada guru pembimbing bagi meningkatkan ketrampilan penyeliaan tidak lewat dua minggu selepas guru pelatih melapor diri ke sekolah dengan syarat peruntukan diberi oleh BPG.
  • memastikan semua pensyarah penyelia menjalankan bimbingan dan penyeliaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
  • memastikan AJK Induk Praktikum menjalankan pemantauan sekurang-kurangnya sekali di sekolah-sekolah yang ditetapkan.
  • mendapatkan semua markah dan instrumen penilaian daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing tidak lewat dua minggu sebelum Jawatankuasa Induk Praktikum mengadakan mesyuarat untuk memutuskan keputusan akhir.
  • mengambil tindakan dengan memanjangkan kes pelanggaran peraturan praktikum kepada JK Tindakan Tatatertib tidak lewat 7 hari selepas laporan diterima daripada penyelia atau pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment