05 April 2012

PAMERAN & JUALAN BUKU SEMPENA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU-GURU PELATIH:

SATU PAMERAN & JUALAN BUKU SEMPENA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA AKAN DIADAKAN
SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 7 HINGGA 8 APRIL 2012
MASA : 9.00 PG. - 3.30 PETANG
TEMPAT : 7 APRIL 2012 (SABTU - DEWAN MUNSYI)
8 & 9 APRIL 2012 (AHAD & ISNIN - RUANG LEGAR)

GURU-GURU PELATIH DIJEMPUT HADIR.

06 January 2012

Penempatan Praktikum Pengajian Cina KDPM Fasa 2

Pelajar-pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Darul Aman dan IPG Kampus Perlis yang diselia oleh pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim boleh menyemak senarai penempatan pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi pensyarah yang akan menyelia anda secepat mungkin bagi melancarkan perjalanan program praktikum anda.


https://docs.google.com/document/pub?id=1uGXD5t1mhvJYG0kmCgvlOvPLQjz-QrXnjQPV7rNfGOM

04 January 2012

Ketua Unit Praktikum yang Baru

Mulai 1 Januari 2012, Unit Praktikum IPG Kampus Sultan Abdul Halim diketuai oleh Hj. Mohd Noor b. Ahmad. Beliau menggantikan Encik Mohd Januri b. Aiyub. Pelajar-pelajar boleh menghubungi KU Praktikum yang baru untuk semua urusan praktikum.

Praktikum KPLI Ambilan November 2010 - Pengajian Cina, Tamil dan Pendidikan Khas

Surat pemberitahuan tempoh praktikum telah dihantar ke sekolah pada 17 Disember 2011. Sila kembalikan borang pencalonan guru pembimbing kepada IPGKSAH.Pelajar-pelajar yang diselia oleh IPG selain IPGKSAH boleh menghubungi Unit Praktikum IPG berkenaan untuk makluman lanjut.

09 December 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM KDPM-KDC

Taklimat praktikum untuk pelajar-pelajar KDPM-KDC-Pengajian Tamil/Pengajian Cina/SABK Ambilan November 2008.

Tarikh : 18 Disember 2011
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Al-Farabi, IPG KSAH

Kehadiran wajib.
Sila rujuk surat pemberitahuan bertarikh 22 November 2011 dan jadual waktu KDC kelas masing-masing.

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM KPLI-KDC

Taklimat praktikum untuk pelajar-pelajar KPLI-KDC-Pengajian Tamil/Pengajian Cina/Pendidikan Khas Ambilan November 2010 dan KPLI-KDC-LPBS-JQaf Ambilan Januari 2011

Tarikh : 15 Disember 2011
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Bukhari, IPG KSAH

Kehadiran wajib. Sila rujuk surat pemberitahuan bertarikh 22 November 2011 dan jadual waktu KDC kelas masing-masing.

27 October 2011

Mesyuarat J/K Induk Praktikum 2/2011

Peringatan:

Kepada semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit, Mesyuarat J/K Induk Praktikum Bil. 2/2011 akan diadakan pada 30 Oktober 2011 jam 3.00 di Bilik Persidangan. Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan pada 13 Oktober 2011.

Sekian, terima kasih

18 October 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Unit Praktikum IPG Kampus Sultan Abdul Halim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah sama ada sebagai penyelia, pemantau atau panel kes cemerlang yang telah membantu menyempurnakan pelaksanaan praktikum pada tahun ini.
Semoga seluruh kerja buat kita dinilai sebagai suatu amalan soleh...Insya-Allah..

20 July 2011

MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH

MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH IPG KSAH:

1. TN. HJ. MOHD ALI B. SYED ABU TAHIR (10 JAN. 2011)
2. PN. HJH. SITI ROPIAH BT. BAKAR (18 MAC 2011)
3. EN. VECHIAN A/L INDIN CHUEI (28 MAC 2011)
4. TN. HJ. JUDIN B. AHMAD (30 APRIL 2011)
5. TN. HJ. MOHD ROSLI B. ISMAIL (5 JUN 2011)

TARIKH : 21 JULAI 2011 (KHAMIS)
MASA : 9.30 PG - 12.30 TGH
TEMPAT : DEWAN MUNSYI

UNIT PRAKTIKUM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KEPADA TUAN/PUAN YANG TELAH BANYAK MEMBANTU UNIT PRAKTIKUM
KHUSUSNYA KEPADA MANTAN KETUA UNIT PRAKTIKUM EN. VECHIAN A/L INDIN CHUEI.

TINGGI BUKIT GILANG GEMILANG
NAMPAK DARI TANJUNG JATI
BUDI TUAN MASAKAN HILANG
TETAP DIKENANG SAMPAI KE MATI


SELAMAT BERSARA....

18 July 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN INTERNSHIP PISMP AMBILAN JAN. 2008

SEMUA PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2008

Satu taklimat INTERNSHIP akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 19 Julai 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Bukhari

Semua pelatih terlibat diwajibkan hadir.

Harap maklum.

10 July 2011

TAKLIMAT GURU PEMBIMBING KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2011

Satu taklimat untuk Guru-guru Pembimbing KPLI-SR Ambilan Januari 2011 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 14 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 1.30 t/hari
Tempat : Dewan Al-Bukhari

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

TAKLIMAT GURU PEMBIMBING B.Ed. TESL IPSAH-UPSI

Satu taklimat untuk Guru-guru Pembimbing B.Ed. TESL IPSAH-UPSI Ambilan Julai 2006 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 11 Julai 2011 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 t/hari
Tempat : Makmal Ilmu


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

04 July 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM KPLI-SR AMBILAN JAN. 2011

SEMUA PELATIH KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2011

Satu taklimat akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 6 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Bukhari

Semua pelatih terlibat diwajibkan hadir.

Harap maklum.

28 June 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JAN. 2009

SEMUA PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2009 (PRAKTIKUM 2)

Satu taklimat akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 30 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Bukhari

Semua pelatih terlibat diwajibkan hadir.

Harap maklum.

18 June 2011

PRAKTIKUM PELAJAR BAGI SEMESTER 2 TAHUN 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tuan-tuan & Puan-puan Pensyarah Yang Dihormati Sekelian,

Makluman Praktikum/PBS Pelajar Bagi Semester 2, 2011

1. KDPM KDC KEMAS/PERPADUAN Ambilan Mei 2008: 19 Jun - 29 Sept. 2011 (14 Minggu)
2. KDPM KDC PC/PT Ambilan Novomber 2008: 19/20 Jun - 29/30 Sept. 2011 (10 Minggu)
3. KDPM KDC SABK Ambilan November 2008: 19 Jun - 25 Ogos 2011 (10 Minggu)
4. PISMP Ambilan Januari 2009 : 3 Julai - 25 Ogos 2011 (8 Minggu- Praktikum 2)
5. KPLI-SR Ambilan Januari 2011: 10 Julai - 6 Okt. 2011 (12 Minggu)
6. B.Ed. TESL IPSAH - UPSI Ambilan Julai 2006: 17 Julai - 13 Okt. 2011 (12 Minggu)
7. INTERNSHIP PISMP Ambilan Jan. 2008: 31 Julai - 25 Ogos 2011 (4 Minggu)
8. PBS 4 PISMP Ambilan Januari 2010: 21 Ogos - 25 Ogos 2011 (1 Minggu)
9. PBS 2 PISMP Ambilan Januari 2011: 4 Sept. - 8 Sept. 2011 (1 Minggu)

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

10 May 2011

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ketua Jabatan/Unit, Pensyarah Kanan & Pensyarah
yang dihormati & dikasihi sekelian,

Semua program praktikum bagi Semester 1/2011 telah tamat dan telah dilaksanakan dengan jayanya atas bantuan ikhlas dan kerjasama yang diberikan oleh semua pensyarah penyelia, pemantau praktikum, para perentas ke cemerlang dan wakil-wakil jabatan/unit yang dilantik.

Maklumat Ringkas sehingga 5 Mei 2011:
Pelatih terlibat PBS : 503
Pelatih terlibat Praktikum : 454
Rentasan Kes Cemerlang : 42 (KDPM KEMAS:14, KPLI:4, KDPM KDC:1, PISMP:23)

Atas kerjasama dan bantuan ikhlas tuan/puan sekelian, Unit Praktikum merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Refleksi Praktikum PISMP Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pelajar PISMP Ambilan Januari 2008 yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Taklimat Refleksi Praktikum akan diadakan seperi ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 10 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Al-Bukhari

Kehadiran semua pelajar adalah diwajibkan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

26 April 2011

PENYERAHAN MARKAH PRAKTIKUM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Para Pensyarah Penyelia Praktikum Yang Dihormati,

Dimohon jasa baik & kerjasama tuan/puan untuk menyerahkan markah praktikum
kepada Penyelaras Jabatan masing-masing untuk tindakan selanjutnya oleh Unit Praktikum. Bagi yang telah menyerahkan markah diucapkan ribuan terima kasih.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Ketua Unit Praktikum
IPG KSAH.

08 April 2011

MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI UNIT PRAKTIKUM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Para Pensyarah & Pelajar Yang Dihormati Sekelian,

Bagi mendapatkan maklumat terkini praktikum terus ke email anda,
sila Langgan Blog Ini melalui ruang yang disediakan (FeedBurner).

Harap maklum dan terima kasih.

MELENGKAPKAN PENYELIAAN PRAKTIKUM

Tuan/Puan Pensyarah Penyelia Yang Dihormati,

Makluman kumpulan-kumpulan yang akan tamat praktikum:

1. KPLI-SR Ambilan Jun 2010 - 14 April 2011
2. KPLI-SR (KDC) Ambilan Nov. 2009 - 14/15 April 2011
3. PISMP Ambilan Jan. 2009 (Prak.1)- 14 April 2011
4. KDPM KEMAS Ambilan Julai 2008 - 21 April 2011
5. KPDM KDC SABK Ambilan Nov. 2007 - 21/22 April 2011
6. PISMP Ambilan Jan. 2008 (Prak.3)- 5 Mei 2011


Kerjasama tuan/puan melengkapkan penyeliaan amat dihargai.
Terima kasih.