10 May 2011

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ketua Jabatan/Unit, Pensyarah Kanan & Pensyarah
yang dihormati & dikasihi sekelian,

Semua program praktikum bagi Semester 1/2011 telah tamat dan telah dilaksanakan dengan jayanya atas bantuan ikhlas dan kerjasama yang diberikan oleh semua pensyarah penyelia, pemantau praktikum, para perentas ke cemerlang dan wakil-wakil jabatan/unit yang dilantik.

Maklumat Ringkas sehingga 5 Mei 2011:
Pelatih terlibat PBS : 503
Pelatih terlibat Praktikum : 454
Rentasan Kes Cemerlang : 42 (KDPM KEMAS:14, KPLI:4, KDPM KDC:1, PISMP:23)

Atas kerjasama dan bantuan ikhlas tuan/puan sekelian, Unit Praktikum merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment